Thursday, October 04, 2007

Rebut peluang pengampunan di malam Lailatul Qadar- Ustaz Harun Din

Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.

Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.

Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya."

Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.

Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.

Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.

Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.

Janji-janji Allah pada hamba-Nya
Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.

Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.

Suasana akhir-akhir ini, selepas tragedi 11 September 2001 seolah-olah menghalalkan untuk mengambil apa sahaja tindakan ke arah pengganyang umat ini dan sekaligus hendak membenarkan Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.

Tetapi yakinilah wahai saudara yang seagama denganku bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'madah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan dengan ayat Allah yang bermaksud : "mereka itu musuh-musuh kamu hendak menghapuskan cahaya Allah, agama Islam dengan pelbagai usaha mereka tetapi Allah tidak membiarkan mereka berbuat demikian, dan Dia (Allah) akan menyempurnakan agama kamu dan memenangkan meskipun dibenci oleh orang-orang musyrikin."

Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55 yang mafhumnya : " Allah berjanji dengan kamu yang beriman denganNya. akan diangkat mereka menjadi khalifah (pemerintah) seperti mana Allah telah mengangkat angkatan-angkatan sebelum daripada angkatanmu pemerintah bumi Allah dan pada ketika itu segala perkara huru hara yang berlaku akan digantikan dengan keamanan yang sebenar. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutuiNya. Dan sesiapa yang tidak percaya dengan janji sedemikian itu, mereka itu ialah orang-orang yang fasiq."

Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadan hingga mencecah menemui awal Syawal.

Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.

Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan.

Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti.

Tazkirah Ramadhan

Baginda Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik khususnya dalam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan dan contoh yang berjaya dalam melaksanakan tuntutan pelbagai jenis ibadat sebagai pengajaran kepada umatnya bagi mendapatkan tempat yang selesa di sisi Allah SWT pada hari kiamat.

Di mana terdapat tujuh jenis golongan manusia yang berjaya mendapat tempat di sisi Allah kerana melakukan amalan berdasarkan ilmu pengetahuan yang diwariskan oleh baginda kepada mereka.

Kejayaan mereka itu untuk beramal dengan amalan-amalan yang baik menurut syarak adalah disebabkan ketekunan mereka untuk bergaul dengan insan-insan yang memiliki budi pekerti yang baik, apatah hubungan yang intim dengan Allah SWT selaku Pencipta seluruh alam.

Perkara ini ada ditegaskan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Tuhannya, sama ada di waktu pagi, tengahari, petang, senja dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu kedua matamu berlaing dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu menuruti orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya, kerana sesungguhnya seluruh hidup mereka adalag melampaui batas (agama)."

Itulah jalan bagi memastikan kedudukan iman, pegangan serta kepercayaan terus utuh melalui persahabatan dengan orang-orang yang boleh mengingatkan kita kepada Allah SWT, bukan sekadar itu, malah mencemburui serta memburu tempat di akhirat seperti tujuh golongan yang terselamat daripada ditimpa panas terik matahari sejengkal di atas kepala.

Rasulullah s.a.w ada menegaskan mengenai tujuh golongan tersebut menerusi sabdanya yang bermaksud: "Tujuh golongan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, remaja (lelaki atau perempuan) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang digoda oleh seorang perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitiskan air matanya kerana mengingatkan sifat Mulia dan sifat Agung Allah." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Jelas dari apa yang disabdakan oleh baginda dalam hadis tersebut di atas, memberitahu kita bahawa golongan yang disebut itu adalah mereka yang benar-benar melaksanakan tuntutan ajaran agama Islam dalam hidup mereka, justeru mereka dianugerahkan balasan yang baik dari Allah setimpal dengan apa yang telah disumbangkan untuk kebaikan Islam.

Bukan mudah untuk menjadi hamba Allah yang sanggup berkorban demi Allah dalam segenap tuntutan kehidupan, apatah lagi terpaksa berhadapan dengan ujian yang mesti dilalui seperti yang dialami oleh tujuh golongan di atas.

Apatah lagi kepada umat Muhammad masa kini yang tenggelam dalam banyak perkara yang tidak ada hubungan dengan nilai keagamaan, termasuklah gelagat dalam bulan Ramadan dan malam hari raya, mereka memperlihatkan betapa aspek agama perlu dipelihara pada waktu tertentu secara bermusim, sehingga tindakan mereka itu tidak menjadikan mereka mampu untuk menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Golongan yang ketujuh yang disebut oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas iaitu yang mengingati (berzikir) kepada Allah hingga menitiskan air mata bukan mudah untuk ditemui pada zaman ini, kerana manusia pada hari ini tidak memelihara sumber pemakanan yang diambil (hasil pendapatan), tidak mengendahkan pantang larang agama, halal dan haramnya sesuatu yang diperolehinya serta tidak mempedulikan nilai-nilai agama dalam kehidupan mereka, malah Islam dipinggirkan dalam hidup mereka.

Pendekatan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata
Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra’ yang bermaksud : "Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyuk."

Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.

Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.

Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : "Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata."

Jelas daripada ayat dan hadis di atas, menunjukkan bahawa nilai air mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT diganjari dengan pahala dan menyebabkan si pelakunya akan dimasukkan dalam syurga, begitulah sebaliknya jika seseorang itu yang menangis bukan kerana takut kepada Allah, maka dia akan dimasukkan dalam api neraka, malah air mata yang dialirkan itu akan menjadi saksi terhadap apa yang dilakukan selama hidup di dunia, sama ada air mata itu akan menjadi penolonga baginya atau sebaliknya.

Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah
Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT:

1. Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.

2. Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.

3. Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.

4. Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah.

5. Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.

Sehubungan itu juga, Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah ada menegaskan, bahawa terdapat jenis tangisan yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan kefahaman serta penghayatan seseorang itu terhadap agamanya:-
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm:43)

Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Ibadat pada waktu malam
Sesungguhnya waktu malam adalah satu waktu yang disifatkan paling penting dan utama, bukan sahaja ia bersifat hening dan tenang, malah jauh dari sebarang rasa sikap untuk menunjuk-nunjuk ibadat yang dilakukan kepada orang lain.

Justeru peristiwa penting dalam sejarah Islam kebanyakannya berlaku pada waktu malam seperti peristiwa penurunan al-Quran malam al-Qadr, peristiwa penghijrahan baginda Rasulullah dan Abu Bakr, Israk Mikraj dan lain-lain.

Begitulah juga dengan Rasulullah s.a.w yang merupakan hamba maksum yang dijanjikan Allah syurga, tetapi baginda tetap mendirikan ibadat pada malam hari sehingga pecah-pecah kedua-dua telapak kakinya. Demikianlah gambaran hamba yang mampu bersyukur ke atas nikmat anugerah Allah kepadanya.

Hadis daripada Ali Said r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda: Barang siapa terjaga daripada tidur di waktu malam, dan mengejutkan keluarganya, lalu sembahyang dua rakaat, ditulis bagi mereka itu dalam golongan orang yang mengingati Allah lelaki dan perempuan - Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah.

Abdullah bin Salam menyatakan kata-kata yang mula-mula sekali beliau dengar daripada Rasulullah s.a.w. ialah sabdanya: Wahai manusia berilah salam, beri makan dan hubungkan silaturahim, dan sembahyang malam ketika orang ramai tidur, kamu semua masuk syurga dengan selamat sejahtera - Riwayat Tarmizi.

Sesungguhnya mendirikan ibadat di waktu malam itu amalan para salehin dan muqarrabin. Ia memberi kesan pada pembentukan peribadi, menyumbang kebahagiaan di dunia dan akhirat, menghindarkan penyakit, meraih ketenangan.

Rasulullah s.a.w. menggesa agar setiap orang melakukannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkannya. Ketika sakit atau terasa malas, baginda sembahyang dalam keadaan duduk. - Riwayat Abu Daud. - mks.

Monday, October 01, 2007

Pengakhiran Ramadhan 2007 - Malam ke 20

Anak anak ku.

Terasa kecil dan kerdilnya diri ini menghadap Allah dengan pengisian tarawikh. Sedarlah, mungkinkah kali ini pengakhiran bagi Wan mendapat keberkahan Ramadhan. Maka sedikit nasihat dari ayah mu kepada anak anak Wan yang tersayang.

Hidup ini adalah ketentuan dan perjalanan kita terlalu amat jauh. Kematian bagi kita orang mukmin adalah satu kejayaan atau kegagalan menghadap ke hadirat Ilahi. Maka persiapkanlah diri kita untuk menghadap kematian.

Kehidupan tak ubah seperti suatu permainan computer game. Semua character atau pun pelakunnya telah diketahui oleh pencipta program tersebut. Begitulah kita, sedar atau tidak kita, tidak terpisah diantara kita dengan Allah. Allah maha mengetahui sekadar mana kita cintakan nya. Kerana Allah itu jualah tempat kita sembah dan tempat kita menumpang kasih yang kekal abadi.

Anak ku.

Ingatlah KEMATIAN ITU PERAMPAS SEGALA KEBAHAGIAAN.

Ayah mu tidak kisah sekiranya hidup mu hina disisi manusia tapi mulia disisi Allah. Janganlah kita menjadi makhluk yang hina di dunia dan hina disisi Allah di akhirat nanti. Disana nanti Allah mempersaksikan segala anggota yang dipinjamkan kepada kita utuk dibuat perhitungan. Disitulah sebenarnya kejayaan atau kegagalan. Tetapi bagi Wan perjuangan mesti diteruskan untuk memperjuangkan maruah Islam.

Terbukti, tersohornya ulamak dan pemimpin ada penghujungnya. Bahkan kita pasti ada penghujungnya. Sejarah apakah ang ditempa di dunia ini??? adakah kegagalan atau kejayaan hakiki yang dicari. Bentklah diri mu anak ku menjadi muslimin dan muslimat, agar dirikau dinilai oleh Allah.

Perlengkapkan diri mu dengan syariat Allah dan perelokkan diri mu dengan akhlak Rasulallah. Jadikan Quran dan Hadith sebagai panduan. Percaalah tidak ada kesesatan akan menerpa sekiranya dirimu diperlengkapkan dengan ilmu sebegini. Jadilah zikrul maut sebagai benteng mu. Nescaya akhla mu terjaga. Fahamilah kemuliaan ilmu Islam dengan mendalami usuluddin, nescaya kamu tahu asal usul mu. Dalami lah ilmu Tasauf , nescaya akhlaq mu akan diperhalusi.

Jangan sekali kali kamu membutakan Allah, menulikan Allah, melumpuhkan Allah, merendahkan Allah. Rasailah kehidupan Allah yang maha suci yang terkandung dalam kalimat Subhannallah. Nescaya itulah sebenar sifat ESA jua yang dikandunginya.

Hadirkan hati mu setiap masa pada AL Khaliq, nescaya panduan tetap tiba. Kita sudah tiada Rasulallah untuk membimbing kita, tetapi percayalah hadith nya melengkapkan kefahaman mu pada Quran yang dilazimi. Sayang nya Wan pada anak tak terkira. Pada ummi usah diragukan. Tapi yang datang pasti ada yang pergi. Jadilah kalimat Wan ini sebagai nada perjuangan mu untuk menghampirkan diri pada Allah.

Jangan sekali kali lupa, jadi lah antara orang yang berada dibarisan depan dalam perjuangan ISlam, Usah gentar, menang atau kalah lumrah alam. Kemenangan berpaksi pada aqidah dan keyakinan dan bukan masa yang menentukan. Sekiranya ketentuan menyebelahi kejayaan dunia.. itu bermakna kejayaan juga di sisi Allah. Sekiranya kamu di takdirkan gugur dalam perjuangan, maka ianya dikira kejayaan juga disisi Allah.

Sayangilah diri mu dengan memantapkan Ibadah, nescaya kamu disayangi Allah dan Rasul.

Salam dari Wan di Abu Dhabi
1 Oct 2007 bersamaan 19 Ramadhan pukul 10.29 malam

Thursday, February 22, 2007

Palestine don't be sad لا تحزن يا اعظم شعب يا فلسطين

Palestin Jangan lah Besedih... Allah bersama kita
THEY KILLED MY MUSLIM BROTHER IN IRAQ...

Sangat meyayakan hati kita semua. Sedarlah kita... kita diinaya oleh kafirun

Saturday, January 20, 2007

recitation holy quran from indonesia

Satu lagi bacaannya yang begitu mantap
indonesian's qari boy (surah annisa 143-147)

Suaranya Masha Allah

Thursday, October 12, 2006

Tarbiyah imaniyah buat anak

Khas untuk umi dalam mendidik putera dan puteri tersayang


*
Tarbiyah imaniyah buat anak*




Salah satu aspek yang sering kita lupakan dalam mendidik anak-anak
adalah tarbiyah ruhiyah. Jangankan untuk anak, untuk diri sendiri pun
kita sering lupa dengan tarbiyah bentuk ini. Padahal, seperti halnya
akal dan pikiran perlu mendapat pendidikan, ruh kitapun wajib
mendapatkan haknya.







Untuk mendidik akal dan meningkatkan kapasitas intelektual orang tua
menyekolahkan anak ke sekolah-sekolah favorit. Tetapi dalam masalah
pendidikan keimanan seringkali enggan memberi porsi yang cukup. Bahkan
tidak perduli walaupun sekolah tersebut tidak memberikan pendidikan
Islam yang memadai.



Iman merupakan hal asasi dalam kehidupan seorang muslim, sedang tarbiyah
merupakan kebutuhan pokok setiap insan. Tarbiyah imaniyah adalah
tarbiyah yang ditujukan untuk meningkatkan iman, ma’nawiyah
(mentalitas), akhlaq (moralitas), dan syakhsyiyah (kepribadian) daripada
mutarobiyyin (anak didik).



Iman kepada Allah dan hari akhir wajib mendapat pupuk yang menyegarkan,
disiram dengan air agar terus menerus tumbuh di lahannya secara bertahap
dan tawazun (seimbang) menuju kesempurnaan. Iman tumbuh subur karena
didasari hubungan yang intens dengan Allah dalam berbagai bentuknya.
Cobalah simak hasil tarbiyah pada seorang anak di masa salaf dahulu.



Abdullah bin Dinar berkisah tentang perjalanannya bersama Khalifah Umar
bin Khattab. Beliau mengatakan, "Saya bersama Umar bin Khattab r.a.
pergi ke Makkah dan beristirahat di suatu tempat. Lalu terlihatlah anak
gembala dengan membawa banyak gembalaannya turun dari gunung dan
berjumpa dengan kami. Umar bin Khattab berkata, "Hai penggembala,
juallah seekor kambingmu itu kepadaku!"



Anak kecil penggembala itu menjawab, "Aku bukan pemilik kambing ini, aku
hanya seorang budaknya." Umar menguji anak itu, "Katakanlah kepada
tuanmu bahwa salah seekor kambingnya dimakan srigala."



Anak itu termenung lalu menatap wajah Umar, dan berkata, "Maka di
manakah Allah?"



Mendengar kata-kata yang terlontar dari anak kecil ini, menangislah
Umar. Kemudian beliau mengajak budak itu kepada tuannya kemudian
memerdekakannya. Beliau berkata pada anak itu, "Kalimat yang telah
engkau ucapkan tadi telah membebebaskanmu di dunia ini, aku harap
kalimat-kalimat tersebut juga akan membebaskanmu kelak di akhirat."



Kejadian di atas menunjukkan salah satu pengaruh dari pengenalan
terhadap Allah. Kejadian serupa itu sudah sangat jarang terjadi saat
ini. Sekarang ini, di masyarakat kita kejujuran dan kebenaran seolah
sudah tak ada harganya. Coba bandingkan dengan sikap Umar yang
menghargai anak tersebut dengan membebaskannya dari perbudakan.



Mungkin timbul pertanyaan: bagaimanakah seorang anak kecil di masa itu
bisa menjadi begitu yakin dengan pengawasan Allah (muroqobatullah) yang
berlaku pada setiap manusia?



Keyakinan lahir dari suatu pendidikan dan latihan yang benar. Di mana
kekhalifahan Umar, masyarakat Islam sudah terbentuk dan masyarakat ini
menghasilkan bi’ah (lingkungan) yang baik bagi anak tersebut, kendati ia
berada di gurun. Pengaruh sistem pendidikan Islam telah merembes ke
berbagai tempat sehingga setiap orang benar-benar meyakini dan
menghayati syariat Allah.



Tarbiyah imaniyah untuk anak-anak merupakan satu pendidikan yang
meliputi hal-hal berikut:



1. Upaya melaksanakan dan menghayati nilai-nilai ibadah kepada Allah
dalam arti yang seluas-luasnya sesuai dengan bimbingan Rasulullah SAW.



2. Pembiasaan dalam mengingat Allah (dzikrullah) dengan membaca
ayat-ayat Al Qur’an atau dengan menyebut-nyebut nama Allah dengan cara
yang tepat di saat-saat tertentu.



3. Membiasakan merasakan adanya bimbingan Allah dalam melaksanakan
kebaikan dan pengawasan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Yaitu dengan
menghubungkan kejadian-kejadian sehari-hari yang dialaminya dengan
kekuasaan Allah.



4. Membiasakan menggantungkan diri kepada Allah misalnya dengan berdo’a
dalam berbagai situasi dan kondisi.



5. Meningkatkan akhlak (perilaku) yang baik dengan mencontohkan
tindakan-tindakan baik dan memperbaiki perilakunya pada saat anak
melakukan keburukan.



6. Memberikan motivasi dan rangsangan dengan memuji atau memberi hadiah
ketika anak berbuat baik, memberi manfaat kepada orang lain, atau
menyenangkan orang lain kendati orang tersebut tidak menyadarinya.



7. Membimbing hal-hal lain untuk yang berhubungan dengan pendekatan diri
kepada Allah.



Metode Tarbiyah



Pembekalan keimanan bagi anak-anak berorientasi pada penyiapan pemahaman
dan pembiasaan berbagai hal yang kelak dapat menolong anak untuk
melakukan sendiri berbagai kegiatan yang dapat memelihara ruhiyahnya.



Anak-anak sebenarnya lebih mudah menerima hal-hal yang bersifat teoritis
kendati bersumber dari alam ghaib (tidak nampak). Karena secara fitrah
mereka mudah mempercayai orang tua, guru, atau kawan dekatnya. Anak-anak
senantiasa jujur dan tidak mau didustai seperti pada kisah Umar bin
Khattab di atas. Ini menunjukkan bahwa kejujuran mereka amat mudah
mendekatkan mereka kepada Allah.



Tarbiyah imaniyah untuk anak-anak dapat diberikan dengan jalan:



1. Dengan Contoh dan Keteladanan



Anak-anak adalah makhluk yang paling senang meniru. Orang tuanya
merupakan figur dan idolanya. Bila mereka melihat kebiasaan baik dari
ayah ibunya, maka mereka pun akan dengan cepat mencontohnya. Orang tua
yang berperilaku buruk akan ditiru perilakunya oleh anak-anak. Anak
paling mudah mengikuti kata-kata yang keluar dari mulut kita. Misalnya
dalam mensyukuri segala nikmat yang diperoleh dalam keluarga. Kepada
anak harus senantiasa diingatkan betapa semua rezeki bersumber dari
Allah. Apabila kita memberi pisang kepada anak misalnya, sempatkanlah
bertanya , "Darimana pisang ini, Nak?" "Dari Umi," jawab si anak. "Ya.
Tetapi sebenarnya pisang ini pemberian Allah kepada kita. Allah
menyampaikannya melalui Umi."



Dengan cara demikian, dalam peristiwa sederhana ini kita mencontohkan
bagaimana mengingatkan Allah dan mensyukuri pemberian-Nya. Mengucapkan
hamdalah ketika menerima sesuatu dan menjelaskan kepada mereka bahwa
semuanya merupakan kasih sayang Allah dan merupakan suatu kewajiban yang
tidak dapat dipungkiri. Demikian pula mengucapkan insya Allah,
subhannallah, dan berbagai ungkapan tasbih lainnya akan dicontohkan oleh
anak.



2. Dengan Latihan dan Pembiasaan



Banyak pembiasaan ibadah harus dilakukan pada anak. Misalnya pembacaan
do’a pada tiap-tiap kesempatan dan menguraikan maksud dan isi do’a
tersebut. Di setiap munasabah, ada do’a yang pantas diucapkan. Mau
makan, minum, tidur, mau belajar, mau berwudhu, menaiki kendaraan, dan
lain-lain ada do’a yang khas untuknya. Anak-anak sangat mudah
menghafalkan do’a-do’a ini. Apalagi bila di sekolah mereka mendapat
program khusus mengenai do’a ini. Tetapi pengamalan do’a-do’a tersebut
sangat tergantung pada pengawasan orang tua. Biar pun anak mampu
menghafal seratus do’a di sekolah atau madrasahnya, dia tidak akan mampu
meningkatkan imannya bila tidak ada pengamalan dan penghayatannya.
Secara rutin dan teratur ayah atau ibu hendaknya membimbing anak
membiasakan pembacaan do’a ini, menjelaskan dan memberi pengertian
tentang nilai-nilai kandungannya.



Pembiasaan lain yang perlu dilakukan semenjak dini antara lain:



- Membawa anak-anak ke masjid, beri’tikaf, serta mencintai dan
menghormati jamaahnya.



- Memberikan perhatian khusus agar anak senantiasa membaca Al Qur’an
secara rutin.



3. Dengan Nasihat dan Bimbingan



Orientasi nasihat dan bimbingan bertujuan mengingatkan anak terhadap
pengawasan Allah di mana pun mereka berada. Ibnu Abbas r.a. menceritakan
bahwa sewaktu masih anak-anak, beliau pernah dibonceng Rasulullah di
atas untanya. Perjalanan yang mengasyikkan ini digunakan Rasulullah
untuk menasihati Ibnu Abbas. Waktu itu Rasulullah SAW berkata, "Hai
anak, jagalah semua perintah Allah, niscaya Allah memeliharamu.
Periharalah semua perintah Allah, niscaya engkau dapati Dia di
hadapanmu. Apabila engkau memohon sesuatu, mohonlah hal itu kepada
Allah, dan bila meminta pertolongan, mintalah kepada Allah. Dan
ketahuilah, sekiranya seluruh masyarakat sepakat berbuat sesuatu yang
bermanfaat bagimu, maka semua manfaat itu hanyalah Allah yang
menentukannya, dan bila mereka akan berbuat jahat kepadamu, maka
kejahatan itu tidak akan menimpamu kecuali yang telah ditetapkan Allah
pula. Terangkat qalam dan keringlah pena." (At-Turmudzi)



4. Dengan Pengarahan dan Pengajaran



Bila nasihat disampaikan di mana saja, di tempat-tempat di mana orang
tua (murobbi) berinteraksi dengan anak didiknya, maka pengarahan dan
bimbingan mengambil waktu dan tempat tertentu misalnya seusai shalat
Shubuh atau Maghrib berjamaah. Rasulullah pernah memberi pengajaran
kepada Ibnu Abbas sebagai berikut, "Periharalah perintah Allah, engkau
dapatkan Allah di hadapanmu. Kenalkan dirimu kepada Allah di waktu
senang, niscaya Allah akan mengingatmu di saat kesukaran. Ketahuilah
bahwa sesuatu yang terlepas darimu tidak akan mengenaimu, dan yang
menjadi bagianmu tidak akan terlepas darimu. Ketahuilah bahwa kemenangan
itu beserta keshabaran, dan kegembiraan itu setelah kesukaran, dan
setiap ada kesukaran akan ada kelapangan."



Anak-anak pra sekolah dapat mulai dimasukkan ke TPA di mana mereka
mendapatkan arahan dan pengajaran dari guru-guru yang sudah memahami
metoda pendidikan keimanan kepada balita.



5. Dengan Bercerita dan Berkisah



Anak-anak sangat senang pada cerita-cerita dan kisah-kisah masa lampau.
Apalagi di dalamnya terkandung unsur-unsur heroik dan semangat
perjuangan. Islam memiliki khazanah kekayaan sejarah yang sangat besar.
Mulai zaman nabi-nabi, Nabi Muhammad dan para sahabat beliau, serta
sejarah umat Islamnya. Ibnu Mas’ud berkata, "Kami (generasi sahabat)
mengajarkan perang-perang Rasulullah kepada anak-anak kami sebagaimana
kami mengajarkan Al Qur’an."



Ayah dan ibu yang bercerita kepada anaknya akan lebih melekatkan
anak-anak pada keteladanan dan ibroh (pelajaran) yang dapat diambil oleh
anak. Sesungguhnya apabila kita mampu bercerita dengan baik, kisah dari
seorang ibu yang lembut dan penuh keakraban insya Allah dapat lebih
disukai anak tenimbang acara-acara telivisi. Karena pendekatan cerita
sebelum tidur bersifat timbal balik dan mempunyai dampak psikologis yang
dibutuhkan anak.



6. Dengan Dorongan, Rangsangan dan Penghargaan



Usia kanak-kanak sangat memerlukan dorongan dan penghargaan ketika
meraih sesuatu kendati sangat sederhana. Jangan segan-segan mengucapkan
terima kasih kepada anak yang berhasil nilai yang bagus, atau memberi
hadiah ketika berhasil dalam salah satu kegiatan. Di dalam hadiah
tercermin kasih sayang, karena Rasulullah bersabda, "Saling beri
hadiahlah kalian dengan demikian kalian akan saling mencintai." (Al-Hadits)



Bagi seorang anak, perhatian, ciuman, dekapan yang mesra, atau gendongan
dapat dipahami sebagai hadiah. Anak yang lebih besar ingin hadiah yang
lebih kongkrit. Tak ada salahnya ayah memberi sesuatu ketika anak telah
berprestasi dalam peningkatan pribadinya. Misalnya, ketika berhasil
menghafal satu surat di antara surat-surat Al Qur’an.




powered by performancing firefox

Sunday, October 08, 2006

demi cinta zainab

Mengingati Zainab Rasulallah
Snada - Jagalah Hati

Sama samalha kita menjaga hati kita
Ar Ruhul Jadid - Ruhul Jadid

Konsert Nasyid yang menyemaikan perjuangan yang tiada di Malaysia
Debu-Debu Dosa - Hijjaz
Puteriku Sayang

Saturday, October 07, 2006

Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman
hijjaz - berkorban demi cinta

Selawat bersempena dengan Bulan Ramadhan penuh Barakah

Penuhi lah hati kita dengan salawat pada Rasulallah yang telah menunjukkan jalankebenaran kepada kita.



powered by performancing firefox

Tala'a Al-Badru Alayna - Sheikh Mishari al-Efasy's
Muallim - Guru

Guru